alat musik kesenian




Sejarah diawali dengan ditemukannya relief gamelan Jawa pada dinding Candi Borobudur yang dibangun kira-kira pada abad ke Sembilan. Pada relief tersebut terdapat gambar beberapa alat musik gamelan seperti kendang,seruling bambu, kecapi, dawai dan lonceng. Diperkirakan pada Masa Hindhu-Budha gamelan diperkenalkan kepada masyarakat Jawa dan berkembang di Kerajaan Majapahit.
Menurut kepercayaan orang Jawa,gamelan diciptakan oleh Sang Hyang Guru pada Era Saka yang menguasai daratan Jawa Pada masa itu. Beliau tinggal di Gunung Mahendra, atau saat ini disebut Gunung Lawu. Gamelan dijadikan alat komunikasi untuk memanggil dewa-dewa lainnya.
Pertama-tama Sang Hyang Guru hanya menciptakan gong untuk memanggil dewa. Kemudian untuk kebutuhan penyampaian pesan khusus yang lebih spesifik, kemudian diciptakan 2 gong. Akhirnya terciptalah seperangkat gamelan secara umum hingga sekarang.
Pada zaman majapahit gamelan jawa ini berkembang secara pesat. Bahkan hingga menyebar ke beberapa daerah disekitar Jawa seperti Bali dan Sunda. Namun terdapat perbedaan antara gamelan jawa,sunda dan Bali. Jika gamelan jawa dimainkan dengan nada lembut, gamelan sunda lebih berirama mendayu. Sedangkan gamelan Bali dimainkan dengan rancak.

 PENGENALAN

APA ITU GENDANG?
Gendang (bahasa JawaKendhangbahasa MelayuGendangbahasa Tausug/Bajau bahasa MaranaoGandang) ialah alat bunyian yang diperbuat daripada kulit binatang seperti kerbaukambing atau lembu. Ia merupakan salah sebuah alat muzik dalam keluarga genderang.

Setiap bangsa seperti 
CinaMelayu dan India mempunyai gendang dengan nama yang tersendiri. Gendang boleh didapati dalam pelbagai saiz dan kegunaan. Ada gendang yang digunakan untuk persilatan bagi orang Melayu. Ada gendang digunakan bagi tari menari dan ada juga yang digunakan untuk menyambut perayaan atau pertabalan Diraja.

Gendang biasanya dipakai untuk mengiringi permainan gitar dambus, campak, atau bedaek. Gendang juga dipakai untuk mengiringi perarakan pengantin, upacara menyambut tamu, dan lain-lain. Keberadaan gendang dalam sejarah musik Melayu sudah lama ada seiring dengan perkembangan musik Melayu. 

SEJARAH GENDANG

Gendang adalah jenis alat musik pukul dalam kelompok genderang yang paling dikenal di muka bumi. Alat musik ini dibuat dari kulit binatang yang diregangkan pada mulut tabung kayu dengan berbagai variasi bentuk dan ukuran.

Setiap bangsa sejak Afrika sampai Asia Timur dan benua Amerika, dapat dikatakan memiliki gendang dengan bentuk, bunyi, kegunaan, dan nama tersendiri.

Menurut sejarah, gendang sudah dimainkan di Cina sejak 3000 tahun yang lalu untuk ritual sembahyang atau dalam nyanyian, tarian, perang, penggembalaan hewan, tanda waktu, dan alarm.

Pada suku-suku kuna gendang dipakai juga sebagai ritual tertentu atau untuk membangkitkan kegembiraan. Di nusantara gendang sudah dikenal sejak abad ke sembilan sebagai alat musik pokok untuk acara persilatan, rentak tari menari, dan penyambutan raja atau tamu terhormat yang pada pokoknya untuk memeriahkan suasana perayaan.

Dalam peri kehidupan Melayu, gendang dikaitkan pula dengan keinginan dan kesenangan yang dicerminkan dalam pepatah atau perumpamaan.

Bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya, berarti sesuatu arahan akan dituruti sebagaimana yang diinginkan. 

GENDANG JAWa





Pengenalan :

 Gendang Jawa berbentuk bujur dan panjangnya berukuran tiga kaki dengan saiz kedua-duapermukaan yang berbeza. Kedua-dua permukaan ditutup dengan kulit lembu atau kulitkambing.

Fungsi :

 Digunakan untuk persembahan kuda kepang.

Cara Bermain :

 Gendang Jawa di palu dengan kedua belah tangan
GEDOMBAK

Pengenalan
Gedombak didapati dalam dua ukuran besar; ibu dan anak. Badannya dibuat dari kayu nangka yang berongga. Permukaannya dipasang dengan belulang kambing dengan siratan tali rotan pada cincin besi yang berhampiran dengan lehernya. 

Fungsi

Dimainkan dalam pancaragam wayang kulit dan Menora.

Cara Bermain

Gedombak diletak melintang di atas riba pemain dan dipikul dengan sebelah tangan. Sebelah tangan lagi membuka dan menutup dengungya.
GEDUK
Pengenalan

Geduk dibuat dari kayu nangka yang berongga dan mempunyai dua permukaan yang dipasang dengan belulang lembu atau kambing. Pada satu bahagian badan dipasang dua bilah kayu atau buluh yang lebih panjang dari badannya yang dijadikan kaki. Alat ini boleh didirikan muka ke atas mengikut kedudukan masa bermain. Didapati dalam dua ukuran iaitu satu besar dan satu lagi kecil, dipanggil ibu dan anak.

Fungsi

Dimainkan dalam pancaragam wayang kulit dan Menora.

Cara Bermain

Geduk didirikan mukanya ke atas mengadap pemain. Mukanya dipalu dengan sepasang pemalu kayu.
KOMPANG
Pengenalan

Sejenis alat muzik paluan serumpun dengan gendang. Ianya dimainkan bersama dalam beberapa alatan lain dalam persembahan tarian dan nyanyian.

Fungsi

Kompang dimainkan mengikut iramanya sendiri ketika mengarak pengantin, atau pembesar negara atau disatu majlis rasmi. Kompang juga masyur di kalangan masyarakat islam di Sabah dan dikalangan suku Bajau

Cara Bermain

Alat ini dimainkan dengan memukul dan mengetuk kulit dengan tangan atau jari.
TABLA
Pengenalan

Tabla adalah gendang satu muka. Badannya dibuat dari kayu. Dimukanya ditampal dengan tampalan untuk menguasai perubahan bunyi.

Fungsi

Sangat popular dikalangan kaum India. Alat ini dikatakan diturunkan dari Gendang Mridanga.

Cara Bermain

Dimainkan dengan diletakkan berdiri di atas lantai di hadapan pemain. Dipalu dengan jari-jari dan tapak tangan.
REBANA UBI
Pengenalan

Rebana mempunyai satu muka berbentuk bulat. Belulang kerbau dipasang dan disirat dengan pasak-pasak kayu yang terdapat di kakinya. Ada tiga saiz.

Fungsi

Digunakan untuk mengiringi nyanyian korus oleh penyanyi-penyanyi lelaki. Di Kelantan digunakan untuk Dikir Rebana Besar di Majlis Perkahwinan atau apa?apa keramaian.

Cara Bermain

Rebana digantung melintang dan dipalu dengan tangan. Satu setnya mengandungi tiga buah.
JIDUR                                 
Pengenalan

Jidur di perbuat dari batang kelapa yang berongga dan kedua-dua permukaan berukuran lilit yang sama diditutup dengan kulit lembu atau kulit kambing. Jidur berbentuk tong kecil setinggi anggaran 16 inci.

Fungsi

Digunakan untuk persembahan kuda kepang.

Cara Bermain

Jidur dipalu dengan menggunakan dua batang kayu.
MARUAS
Pengenalan

Gendang dua muka. Badannya dibuat daripada kayu dalam bentuk leger dan pendek. Belulang dipasang di kedua-dua belah mukanya disirat dengan tali di antara satu muka dengan lain dan dirambing untuk menegangkannya.

Fungsi

Digunakan dalam muzik mengiringi tarian zapin.

Cara Bermain

Maruas dipegang dan diampu dengan sebelah tangan dan dipalu dengan perut jari tangan sebelah lagi.
NAHARA
Pengenalan

Gendang satu muka berukuran 12 inci panjang dan berukuran lilit 36 inci. Badannya diperbuat dari kayu merbau yang berongga dan permukaannya ditutup dengan kulit kijang.

Fungsi

Dimainkan dalam muzik nobat dalam majlis hiburan kaum kerabat diRaja, mengiringi istiadat-istiadat istana, istiadat pertabalan, hari keputeraan Sultan, perkahwinan diRaja dan upacara sambutan diRaja.

Cara Bermain

Nahara dimainkan dengan memalu permukaan dengan dua batang rotan halus berukuran 17 ½ inci panjang. Semasa dimainkan sebatang kayu anggaran 70 inci panjang yang dibalut dengan kain baldu kuning diletakkan di bawah nahara supaya permukaan nahara mudah dipalu.


Komentar

Postingan populer dari blog ini

alat musik kecrek

TARI SRIKANDI

wayang orang ngesti pandawa